PELANCONGAN KE BEIJING, CHINA 17 MEI 2018

Beijing merupakan ibu kota China yang mempunyai pelbagai tempat menarik dan terkenal di seluruh dunia. Beijing telah menarik berjuta-juta pelancong untuk melawat ke negara China. Hal ini demikian kerana kota ini mempunyai banyak bangunan bersejarah yang masih kukuh sehingga masa kini. Nilai sejarah, budaya dan tamadun China tempat pelancongan juga masih dikekalkan hingga hari ini. Sektor pelancongan China terutamanya Beijing telah menjadi salah satu pendapatan negara yang amat penting kepada kerajaan China. BEIJING, CHINA (17 MEI 2018) Saya dan ahli keluarga menempah tempat penginapan yang bernama " Hyde 合德缘 " di daerah DongCheng, Beijing. Tempat penginapan itu mempunyai reka bentuk yang unik dan membawa unsur tradisional budaya China. Biliknya kecil tetapi sangat kemas dan bersih. Tempat penginapan ini juga berhampiran dengan Qianmen Street , Dashilar Street , Tiananmen Square dan juga subway Beijing. Selepas berdaftar masuk ke dalam Hyde , kam...