PELANCONGAN KE BEIJING, CHINA 17 MEI 2018
Beijing merupakan ibu kota China yang mempunyai pelbagai tempat menarik dan terkenal di seluruh dunia. Beijing telah menarik berjuta-juta pelancong untuk melawat ke negara China. Hal ini demikian kerana kota ini mempunyai banyak bangunan bersejarah yang masih kukuh sehingga masa kini. Nilai sejarah, budaya dan tamadun China tempat pelancongan juga masih dikekalkan hingga hari ini. Sektor pelancongan China terutamanya Beijing telah menjadi salah satu pendapatan negara yang amat penting kepada kerajaan China.
BEIJING, CHINA (17 MEI 2018)
Saya dan ahli keluarga menempah tempat penginapan yang bernama "Hyde 合德缘" di daerah DongCheng, Beijing. Tempat penginapan itu mempunyai reka bentuk yang unik dan membawa unsur tradisional budaya China. Biliknya kecil tetapi sangat kemas dan bersih. Tempat penginapan ini juga berhampiran dengan Qianmen Street, Dashilar Street, Tiananmen Square dan juga subway Beijing.
Selepas berdaftar masuk ke dalam Hyde, kami berjalan kaki ke Qianmen Street yang berhampiran dengan Hyde selama 5 minit sahaja. Qianmen Street merupakan tempat perniagaan tradisional dan bersejarah di Beijing. Terdapat berbagai-bagai kedai menjalankan perniagaan mereka di sana. Antaranya termasuklah kedai cenderamata, kedai teh, kedai pakaian, kedai makanan dan sebagainya. Harga barangan memang berpatutan dan tetap iaitu tidak boleh tawar-menawar.
Ini merupakan Kafe Starbucks yang terdapat di Qianmen Street, Beijing.
Kereta polis trafik yang istimewa ini terdapat di mana-mana terutamanya di Qiananmen Street dan Dashilar Street.
Qianmen Street mendapat sebuah tram lama yang membawa penumpang pada jalan dekat di lorong ini.
Di belakang Qianmen Street terdapat Dashilar Street 大栅栏. Di sini terdapat banyak restoran tradisional dan kedai-kedai lama yang menjual seramik, teh dan lain-lain.
Ini merupakan kuih yang terkenal di Dashilar Street. Kuih ini boleh dibeli di mana-mana kedai Dashilar Street.
Gambar-gambar di bawah menunjukkan pelbagai kedai makanan tradisional yang terdapat di Dashilar Street. Makanan yang dijual di sini mesti cuba kerana makanan tersebut sangat sedap dan hanya terdapat di Beijing sahaja. Makanan tradisional yang terdapat di sini termasuklah pau gou bu li 狗不理包子, sate kambing, sugar-coated haws dikenali sebagai tanghulu 糖葫芦dalam bahasa China, itik panggang Beijing dan lain-lain.
Pau gou bu li 狗不理包子
Orang-orang gula tradisi gula patung: Gula ini ditiup oleh penjual dan menjadi bentuk-bentuk seperti haiwan. Gula ini dikenali 吹糖人 dalam bahasa China.
Perut kambing Beijing
Sate kambing
Sugar-coated haws dikenali sebagai tanghulu 糖葫芦dalam bahasa China.
Kedai Quanjude merupakan kedai yang menjual itik panggang Beijing terkenal di Beijing. Itik panggang yang jenama Quanjude memang mendapat sokongan yang tinggi daripada pelancong. Itik panggang Beijing Quanjude dikenali sebagai 全聚德北京烤鸭 dalam bahasa China.
Saya menamatkan blog saya hari ini, saya akan menyambung pelancongan ke Beijing, China hari kedua (18 Mei 2018) pada minggu depan, terima kasih.
Comments
Post a Comment