KEZALIMAN TERHADAP HAIWAN
JANGAN MENJADIKAN HAIWAN SEBAGAI MANGSA PENDERA!!!
Menurut berita TRIBUNNEWS, pihak polis telah menangkap dua orang lelaki India yang menyumbatkan kucing ke dalam mesin pengering di sebuah kedai dobi di Taman Gobak Ria, Selasa (11/9/2018). Kejadian itu telah berjaya dirakamkan kamera litar bertutup di kedai dobi berkenaan dan dikongsi oleh Persatuan Haiwan Malaysia dan pengguna media sosial.
https://www.facebook.com/5Zones/videos/1061437917356751/
Dua lelaki itu memasukkan kucing ke dalam mesin pengering seterusnya menekan butang "mula" yang terdapat pada mesin itu. Selepas itu, mereka meninggalkan kucing yang berkandung itu sehingga kucing itu berlumuran darah.
Sumber foto : Persatuan Haiwan Malaysia
Pelbagai bentuk penderaan ke atas haiwan yang melibatkan kecederaan pada mata, hidung, badan, kaki dan sebagainya. Contohnya kucing yang di bawah telah dicungkil mata hidup-hidup oleh pendera. Bayangkan kesakitan yang dirasai oleh haiwan-haiwan.
Sumber foto : Sinarharian
Anjing selalu dilanggar oleh manusia yang tidak bertanggungjawab. Mereka membiarkan anjing yang cedera dan berdarah tersebut di tepi jalan. Kes seperti ini selalu berlaku dan menyebabkan mereka sengsara separuh mati, terseksa kepanasan.
Sumber foto: Facebook
Penganiayaan dan kezaliman juga dilakukan sentiasa. Betapa kesian haiwan-haiwan kecil ini menanggung kesakitan yang dilakukan oleh pendera yang kejam.
Sumber foto: Facebook
Di mana salah haiwan-haiwan? Mereka juga makhluk yang mendalami bumi bersama-sama manusia dan saling memerlukan bantuan antara satu sama lain.
Oleh itu, penderaan haiwan perlu dihentikan segara. Pihak yang berkenaan harus menguatkan kuasa undang-undang bagi menghukumkan pendera dengan hukuman yang setimpal. Janganlah kita menutup sebelah mata semasa berlaku penderaan haiwan dan hanya kerana ia seekor haiwan. Mereka juga berhak mendapat kasih sayang dan pembelaan daripada kita yang bersifat ihsan dan kasih sayang. Marilah kita hidup berbaik-baik dengan "rakan terbaik" kita. Harapkan kita dapat mengatasi masalah ini dengan lebih berkesan dan menjadi masyarakat yang berperikemanusiaan dan berakhlak tinggi.
Superbb !!
ReplyDeleteFighting !!!
ReplyDelete