PENGALAMAN TEMU DUGA MENJADI CIKGU TADIKA

Anda berminat untuk menjadi seorang guru tadika? Kalau anda berminat nak jadi seorang guru tadika, blog ini mungkin dapat membantu anda semasa menjalankan sesi temu duga. Jadi, hari ini saya ingin berkongsi dengan semua pengalaman temu duga pertama saya di tadika.

Setelah tamat peperiksaan SPM, saya ternampak beberapa iklan tentang jawatan kosong sebagai guru tadika. Saya pun cuba mencari tadika yang dekat dengan rumah saya kerana boleh menjimatkan masa, tidak perlu bangun awal dan pentingnya dapat menjimatkan kos petrol kereta walaupun bukan saya yang bayarkan . Sebenarnya ayah saya yang bayarkan. Walaupun cikgu tadika sahaja, tetapi nama tetap cikgu. Saya memanggil nombor telefon tadika itu dan akhirnya dapat menghubung dengan Puan Jenny tadika itu. Puan Jenny memberitahu saya boleh pergi tadika itu untuk temu duga pada hari tersebut.


Apabila saya hendak pergi ke tadika itu, tiba-tiba hujan. Saya takut lewat sampai ke sana disebabkan hujan yang lebat itu. Oleh itu, saya pun meminta ibu untuk menghantar saya ke sana. Saya sampai di sana tepat pada waktu itu. Sebernanya kita harus menepati masa baru dapat meningkatkan imej kita. Saya percayalah semua bos memang tidak suka pekerjanya yang selalu bekerja lewat. Selepas itu, temu duga saya pun mula. Mula-mula, saya diminta memperkenalkan diri sendiri. Puan Jenny juga menanyakan saya sebelum ini belajar di sekolah yang mana, subjek apa yang mahir dan sebagainya. Umur Puan Jenny 47 tahun, sebab pekerjanya hendak melanjutkan pelajaran di Kuala Lumpur, jadi dia terpaksa mencari guru lain untuk menggantikan guru itu. 

Dia juga memberitahu tugas saya sekiranya saya diterima sebagai cikgu tadika itu. Saya perlu sampai di sana sebelum 7.30 pagi. Pagikan? Seminggu bekerja lima hari, Isnin hingga Jumaat. Saya juga perlu memastikan semua pelajar sudah balik sebelum saya pulang. Selain itu, cikgu tadika dikehendaki menjalankan kerja rumah seperti menyapu, mengemop lantai dan mencuci tandas secara bergilir-giliran dengan cikgu tadika yang lain. 

Saya juga tidak lupa nak tanya Puan Jenny pasal gaji saya. Kalau bagi saya gaji yang rendah, saya terpaksalah mencari kerja yang lain. Cubalah anda fikir, sehari perlu bekerja lebih daripada lapan jam dan mendapatkan gaji yang sedikit, rugi tak? Tapi berfikir dari pandangan yang lain, sekiranya anda memang berminat nak jadi cikgu tadika, bolehlah anda bercuba. Setelah saya sudah berpengalaman dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak, saya baru tahu gaji cikgu tadika memang rendah dan tidak tinggi daripada RM1200 kecuali sudah bekerja lebih 2 tahun dan ke atas.

Saya juga berjanji dengan bos itu saya akan cuba memberikan kerjasama yang terbaik semasa bekerja di sana. Sekiranya anda memang tidak suka kanak-kanak, saya menasihati anda jangan menjadi cikgu tadika. Anda juga perlu memakai pakaian yang sopan semasa temu duga walaupun di tadika sahaja. Tamatlah hari ini saya berkongsi pengalaman temu duga saya. Sekian, terima kasih.

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

3 TEMPAT MENARIK DI HATYAI / SONGKHLA THAILAND

PELANCONGAN KE BEIJING, CHINA 17 MEI 2018