3 TEMPAT MENARIK DI HATYAI / SONGKHLA THAILAND

Thailand merupakan negara jiran kita. Oleh itu, saya ingin mengkongsikan dengan anda semua tentang tempat-tempat menarik di Hatyai dan Songkhla Thailand. 

1. Pasar Kim Yong



Pasar Kim Yong telah menjual pelbagai jenis makanan, pakaian, kasut, beg dan lain-lain. Semua barangan yang dijual dengan harga yang sangat murah. Jika harga barangan tersebut tidak dipaparkan, makna anda boleh tawar-menawar dengan penjual. 

2. Pasar Terapung Khlong Hae




Pasar Terapung ini menggunakan bekas makanan mesra alam seperti tempurung kelapa, tiub buluh, dan periuk tanah ketika mereka meniaga. Selain itu, pelancong juga boleh merasa sendiri makanan Thai dan makanan tempatan Selatan yang jarang didapati di Malaysia. Pasaran dibuka setiap hari Jumaat, Sabtu dan Ahad atau pada acara penting seperti Hari Songkran. Pada Hari Songkran, rakyat Malaysia sering datang dan menikmati acara di Hat Yai.


3. Pantai Shamila
Pantai Shamila merupakan pantai legenda yang menjadi tarikan utama pelancong tempatan dan asing ke wilayah Songkhla yang terletak di utara daerah Hatyai. Di daerah Songkhla, terdapat beberapa cerita dongeng dan juga monumen yang menjadi tarikan pelancong. Antaranya monumen yang menarik adalah:

     a. Sang Naga


Masyarakat daerah ini menyebut dan mendeskripsikan tentang Sang Naga sebagai haiwan agung, yang juga dipercayai memberikan rezeki, kebahagiaan, memberkati jiwa dan fikiran. Sang Naga dibahagi menjadi 3 bahagian iaitu Kepala, Badan, dan Ekor. Setiap bahagian ditempatkan di tempat yang berbeza. Sang Naga diibaratka seperti Dewa menurut kepercayaan mereka di wilayah ini. Replika Sang Naga selalu mengeluarkan air yang berterusan sebagai tanda selalu memberi berkah yang melimpah kepada penduduk Selatan Thailand. Bahagian-bahagian yang dibina mempunyai fungsinya yang tersendiri. Contohnya, bahagian kepala tanda kebajikan, tubuh melambangkan kemakmuran dan ekor melambangkan karisma dan kekuatan.


b. Ikan Duyung Emas , Nang Nguek Thong


Selain lagenda naga, kisah cinta seorang pemuda terhadap ikan duyung cukup terkenal di Songkhla. Kisahnya bermula apabila seorang pemuda terlihat seekor ikan duyung sedang menyisir rambut menggunakan sikat emas pada waktu malam bulan terang tetapi ikan duyung yang jelita itu takut lalu terjun ke laut sehingga tertinggal sikat emasnya. Pemuda yang terpukau dengan kejelitaan si duyung itu menunggu di Pantai Shamila pada setiap hari untuk memulangkan sikat tersebut kepada pujaan hatinya. Namun ikan duyung itu tidak pernah muncul. Ikan duyung Songkhla kemudiannya dikenali sebagai Ikan Duyung Emas atau Nang Nguek Thong dalam kalangan masyarakat tempatan.

Comments

Popular posts from this blog

PENGALAMAN TEMU DUGA MENJADI CIKGU TADIKA

PELANCONGAN KE BEIJING, CHINA 17 MEI 2018