PELANCONGAN KE BEIJING, CHINA 18 MEI 2018 (BAHAGIAN 1)
BEIJING, CHINA (18 MEI 2018) BAHAGIAN 1
Pada hari kedua, saya dan ahli keluarga bersedia untuk pergi melawat ke Tiananmen Square. Dataran Tiananmen ialah sebuah gerbang yang dibangun pada tahun 1417 yang merupakan gerbang depan dari kota-kota kerajaan Dinasti Qing dan Dinasti Ming. Pada awalnya gerbang ini dinamakan sebagai Cheng Tian Men, pernah dibakar beberapa kali dan dibangunkan semula pada tahun 1651. Pembangunan gerbang kembali dan namanya digantikan menjadi Tiananmen atau pintu negara. Tiananmen adalah satu karya bangunan yang terbaik pada masa Tiongkok kuno. Tiananmen banyak menarik perhatian wisatawan dari seluruh dunia kerana nilai bersejarah yang dimilikinya dan kandungan seni yang tinggi. Setiap hari pada waktu pagi akan dinaikkan bendera pada waktu senja akan diturunkan bendera kebangsaan China. Tiananmen tidak dikenakan sebarang bayaran tetepi kami perlu melalui sekuriti yang akan memeriksa barang kami sebelum masuk ke sana. Di sekitar Tiananmen terletaknya Dewan Peringatan Pengerusi Mao.
Gambar ini menunjukkan bendera kebangsaan China yang dinaikkan pada waktu pagi.
Gambar ini menunjukkan tentera China sedang berkawad kaki.
Selepas melawat Tiananmen, kami menerusi Tiananmen untuk sampai ke tapak yang paling terkenal di China dan merupakan tapak Warisan Dunia UNESCO iaitu Kota Larangan (Imperial Palace/ Forbidden City). Tiket Kota Larangan dicadangkan membeli secara online sebelum pergi ke sana. Bilangan pelancong melawat ke Kota Larangan sehari seramai 40 ribu hingga 60 ribu. Kota ini dibuka pada pukul 8.30 pagi hingga 5.00 petang. Istana ini adalah peninggalan dari Dinasti Ming dan Dinasti Qing. Ia juga menjadi salah satu tapak purba yang dipelihara baik di dunia serta merupakan simbol kekayaan sejarah Beijing. Kota Larangan mempunyai luas kurang lebih 70 hektar dengan jumlah ruangan mencapai 9900. Jika anda hendak berjalan seluruh kota, anda perlu memakai sepasang kasut yang selesa. Sana memang besar dan dikunjungi oleh bilangan pelancong yang amat banyak. Bagi memudahkan kami memahami segala maksud bangunan dan sejarah yang tersirat dalam kota itu, kami telah membeli risalah yang mengandungi peta, susun atur bangunan dan maklumat setiap bangunan itu. Ia boleh diperoleh di kedai cenderamata atau penjual jalanan yang banyak berkeliaran menjual pelbagai cenderamata kepada pelancong.
Gambar ini menunjukkan pintu gerbang Kota Larangan.
Gambar-gambar yang menunjukkan di atas merupakan struktur-struktur kota larangan.
Kami melawat kota larangan ini selama 2 jam. Kota ini hampir serupa dengan tempat pelakonan drama tradisional China yang kami tonton di atas televisyen. Semua barangan perhiasan yang bersejarah juga dipelihara dengan baik. Selepas itu, kami berjalan kaki meneruskan perjalanan melawat ke Taman Jingshan yang berhampir dengan kota larangan.
Minggu depan saya akan menyambung dengan gambar, suasana dan pengalaman saya semasa melancong ke Taman Jingshan.
Sekian, terima kasih.
Comments
Post a Comment