PELANCONGAN KE BEIJING, CHINA 18 MEI 2018 (BAHAGIAN 2)
Hari ini saya akan menyambung dengan gambar, suasana dan pengalaman saya semasa melancong ke Taman Jingshan.
BEIJING, CHINA (18 MEI 2018) BAHAGIAN 2
Selepas mengunjungi Kota Larangan, kami pun mengambil kesempatan masuk ke Taman Jingshan kerana Taman Jingshan terletak tepat di utara Kota Terlarang. Taman Jingshan berpusat di sebuah bukit buatan yang dibuat dengan tanah galian parit Kota Larangan. Bukit ini setinggi 150 kaki (46 meter) dan dikenali sebagai Prospect Hill (Bukit Harapan) atau Coal Hill (Bukit Batu Bara). Sebelum masuk ke dalam Taman Jingshan, kami memerlukan membeli tiket untuk masuk ke dalam.
Apabila masuk ke dalam, saya terdapat tiga arah untuk naik ke atas bukit itu. Pepohon yang ditanam dalam Taman Jingshan secara teratur dalam jarak tertentu. Udara terasa sejuk dan angin bertiup kuat menyebabkan daun-daun pepohon berayun-ayun. Dalam perjalanan, saya menikmati kesegaran dan kesunyian Taman Jingshan. Terdapat juga anak-anak tangga yang dibuat daripada semen.
Akhirnya, kami sampai di atas puncak bukit. Di puncak bukit ini terdapat sebuah pavilion yang dikenali sebagai Wan Chun Ting Pavilion dan kuil Buddha. Wan Chun Ting Pavilion terletak di tengah kota Beijing. Di dalam kuil terdapat patung Buddha yang duduk bersila dengan tangan terangkat dalam posisi terbuka. Patung itu menghadap pintu selatan yang berada dalam satu garis lurus dengan Kota Larangan. Kuil ini mempunyai tiga pintu iaitu Selatan, Barat dan Timur.

Ini merupakan tiket Taman Jingshan yang berharga 10 yuan per orang.

Gambar-gambar di atas menunjukkan Wan Chun Ting Pavilion yang terdapat di atas bukit Jingshan.
Semua pelancong tidak dibenarkan mengambil gambar dalam kuil. Kami hanya berjalan-jalan di luar kuil itu dan melihat pemandangan yang begitu indah, permai. Dari puncak bukit itu, kami dapat melihat pemandangan lautan atap melengkung di Kota Larangan dengan jelas. Hal ini demikian kerana Beijing adalah tanah datar, bukit ini adalah puncak yang tertinggi di kota Beijing. Dari segi sejarah, taman ini pernah digunakan sebagai taman pertemuan dan bersantai bagi pejabat istana atau sebagai tempat berburu bagi anggota keluarga Kaisar. Taman ini dibuka secara umum pada tahun 1928. Setelah revolusi pada tahun 1949, taman ini digunakan oleh masyarakat setempat sebagai tempat bersosialisasi.
Gambar ini menunjukkan pemandangan yang dilihat dari Wan Chun Ting Pavilion. Dalam gambar ini, kami dapat melihat Kota Larangan yang begitu tersergam indah.
Comments
Post a Comment