PELANCONGAN KE BEIJING, CHINA 19 MEI 2018
BEIJING, CHINA (19 MEI 2018)
Jika ke Beijing, tidak sah sekiranya kami tidak ke Tembok Beijing ini! Tembok Besar merupakan bangunan yang memiliki panjang kira-kira 8.800 km tersebut masuk dalam salah satu keajaiban dunia. Ia juga menjadi kebanggaan orang China dan diiktiraf sebagai salah satu Tapak Warisan UNESCO. Tembok Besar mempunyai lapan seksyen yang kukuh seperti Badaling, Mutianyu, Juyongguan, Huanghuacheng, Jiankou, Gubeikou, Jinshanling dan Simatai. Seksyen Badaling dan Mutianyu merupakan seksyen yang paling popular dan mendapat sambutan yang amat meriah oleh para pelancong. Sebenarnya, setiap seksyen Tembok Beijing mempunyai caj yang berbeza.
Kami memilih pergi seksyen Mutianyu kerana seksyen ini antara bahagian yang mudah untuk pergi dan dekat dengan Beijing. Gambar di bawah menunjukkan pintu besar seksyen Mutianyu (慕田峪).
Kami boleh memilh sama ada mendaki tangga atau kereta kabel dan turun dengan tobaggan. Kami telah membayar 120 yuan bagi setiap dewasa. Kami memilih kereta kabel naik ke atas istana. Kereta kabel ini boleh duduk 2 orang dan akan terus naik sampai menara ke-6.

Inilah tiket yang kami beli.
Kami boleh memilh sama ada mendaki tangga atau kereta kabel dan turun dengan tobaggan. Kami telah membayar 120 yuan bagi setiap dewasa. Kami memilih kereta kabel naik ke atas istana. Kereta kabel ini boleh duduk 2 orang dan akan terus naik sampai menara ke-6.
Ini merupakan kereta kabel di seksyen Mutianyu.
Apabila naik ke atas menara ke-6, kami dapat menikmati pemandangan yang terindah di dunia dan memang menakjubkan dari atas istana. Setiap tembok mempunyai pintu gerbang. Pintu gerbang itu dikelilingi oleh oarit besar dan menara. Tembok batu di sana dibuat daripada tanah liat dan batu bata.
Selepas itu, kami melangkah jejak ke Wangfujing Street (王府井大街). Wangfujing Street merupakan salah satu pusat perniagaan yang terkenal di Beijing. Terdapat pelbagai jenis makanan ringan dan makanan tradisional Beijing yang dijual di sepanjang jalan Wangfujing.
Melalui gambar ini, kami boleh tahulah begitu panjang Tembok Besar ini!
Kami menurun dengan kereta kabel. Saya ingin menjelaskan bahawa begitu penat tetapi saya berasa sangat berpuas hati apabila sampai ke puncak. Sila memakai kasut yang selesa, berkaca mata hitam dan air yang mencukupi semasa pergi ke Tembok Besar. Selepas kami turun dari menara, kami pun pergi ke pejabat seksyen Mutianyu untuk mendapatkan sijil. Sijil itu dapat membuktikan bahawa kami pernah pergi dan mendaki Tembok Besar. Di atas sijil mempunyai gambar kami sama ada perseorangan atau secara berkumpulan.
Selepas itu, kami melangkah jejak ke Wangfujing Street (王府井大街). Wangfujing Street merupakan salah satu pusat perniagaan yang terkenal di Beijing. Terdapat pelbagai jenis makanan ringan dan makanan tradisional Beijing yang dijual di sepanjang jalan Wangfujing.
Makanan ekstrim juga dijual dan digemari oleh para pelancong.
Comments
Post a Comment