PELANCONGAN KE BEIJING, CHINA 20 MEI 2018

BEIJING, CHINA  (20 MEI 2018) 

Istana Musim Panas (Summer Palace) 颐和园


Taman dan istana musim panas ini adalah tempat maharaja dan orang kuat kerajaan beristirehat. Taman ini mempunyai keluasan sebesar 290 ekar. Terdapat beberapa kuil dan istana di sini. Lokasi ini juga diiktiraf sebagai tapak warisan UNESCO . Istana Musim Panas dikelilingi oleh danau yang memiliki pulau kecil di tengahnya. Pulau itu adalah tempat di mana dewa naga yang melindungi warga berada. 


 Ini merupakan pintu besar Istana Musim Panas.

Di sebelah timur laut istana, terdaoat gerbang menuju pantai timur dari Kunming Lake. Tempat ini biasa dijadikan sebagai ruang bertemu para pejabat dan penyelenggaraan acara-acara kenegaraan. Gerbang di sebelah timur hall adalah kantor Kaisar sedangkan Rapless Jade adalah tempat tinggal kaisar Guangxu.

Selain itu, terdapat Pulau Danau Selatan yang merupakan rumah bagi Kuil Raja Naga. Dilihat dari kejauhan danau ini menyerupai sebuah gunung peri di tengah laut. Danau ini terhubung dengan Pantai Seventeen yang dihiasi dengan patung-patung singa dan banteng perunggu besar.






Sekiranya musim panas, kamu mestilah datang ke sini dan menikmati pemandangan yang agak beza dengan pemandangan di Malaysia. Seni bina istana-istana juga sangat unik dan merupakan tempat yang bersejarah.


Kuil Syurga 天坛
Tempat akhir yang saya pergi ialah Kuil Syurga. Kompleks kuil ini termasuklah Hall od Prayer for Good Harvest, Circular Mound Altar dan Imperial Vault of Heaven.  Di sekeliling tapak keagamaan yang cantik ini ialah sebuah taman awam yang besar. Pelbagai aktiviti yang dijalankan oleh penduduk tempatan seperti menari, bersenam taici, bersukan dan berkelah. Walau bagaimanapun, untuk masuk ke kawasan Kuil Syurga masih akan dikenakan bayaran selain bayaran tambahan untuk melawat kuil yang sebenar.






Sebagai seorang yang suka tentang sejarah, pelancongan ke Beijing China telah meningkatkan ilmu pengetahuan sejarah saya dengan lebih mendalam. Saya juga mendapat pengalaman yang amat berharga dan tidak dapat saya lupakan. Kalau ada peluang, saya pasti akan pergi sekali lagi.

Tamatlah pengalaman saya melancong di Beijing, China (17 MEI 2018- 20 MEI 2018)
Sekian, terima kasih. 



Comments

Popular posts from this blog

3 TEMPAT MENARIK DI HATYAI / SONGKHLA THAILAND

PENGALAMAN TEMU DUGA MENJADI CIKGU TADIKA

PELANCONGAN KE BEIJING, CHINA 17 MEI 2018