Posts

Showing posts from November, 2018

RESEPI MEMBUAT PENCUCI MULUT

Image
RESEPI KEK KEJU Bahan: 6 biji telur 300 gram krim keju 200 gram tepung naik sendiri 50 gram tepung jagung 1/2 cawan whipping cream 3 sudu besar mentega 1/2 cawan gula aising 1/2 sudu kecil tar tar krim  Cara Asingkan putih dan kuning telur. Cairkan krim keju kemudian masukkan telur kuning satu persatu.  Masukkan tepung naik sendiri bersama dengan tepung jagung. Ayakkan sekali. Cairkan whipping cream dengan mentega secara double boiler. Masukkan whipping cream ke dalam adunan tepung. Kami buat meringue. Kacaukan telur putih sampai berbuih dulu. Masukkan gula ke dalam adunan meringue. Masukkan tar tar krim. Whisk sampai jadi bertanduk. Masukkan adunan meringue ke dalam adunan tepung. Kacaukan. Tuangkan ke atas kertas minyak. Panaskan oven dengan suhu 150 darjah selama 10 minit.  Bakar secara water bath (isi loyang daam bekas berisi air).  Bakar pada 160 darjah untuk 30 minit pertama dengan api atas bawah.  Rendahkan suh...

RESEPI SPAGHETTI BOLOGNESE

Image
Hari ini saya ingin mengkongsikan resepi Spaghetti Bolognese untuk anda. Saya percaya mengikut resepi ini, anda pasti dapat membuat spaghetti yang sedap dan lazat. Sebenarnya, spaghetti merupakan bahan makanan yang mengandungi sumber tenaga dan karbohidrat. Karbohidrat yang terkandung dalam spaghetti mudah dicerna tetapi memerlukan masa yang agak panjang untuk diserap oleh usus sehingga membuat perasaan kenyang lebih lama. Spaghetti juga menjadi alternatif pilihan bahan makanan bagi seseorang yang sedang menurunkan berat badan. Hal ini dikatakan demikian kerana karbohidrat memberi kesan rasa kenyang lebih lama serta kandungan serat dan protein pada ubat yang melambatkan rasa lapar datang lebih cepat. Kandungan serat pada spaghetti  ±   3 gram/ 100 gram dapat menyumbang kira-kira 12% keperluan serat harian. Untuk protein, sebanyak 28% keperluan harian protein boleh diperoleh dari spaghetti dengan jumlah 14 gram/ 100 gram. Penambahan bahan makanan seperti sos tomato spaghett...

RESIPI BUBUR KACANG HIJAU DAN PUDING KACANG HIJAU

Image
Hari ini, saya ingin mengkongsikan resipi bubur kacang hijau dan puding kacang hijau dengan anda. Sebenarnya kacang hijau banyak memberikan maanfaat kepada kita. Kita makan kacang hijau dapat kesihatan jantung kita, menurunkan kadar kolestrol darah, menjaga kesihatan mata, mengatasi Anemia iaitu kurang darah, menangkal racun dalam tubuh dan lain-lain. Adakah anda rasa bubur kacang hijau ini memang baik untuk kesihatan kita? Marilah memasak bubur kacang hijau ini bersama-sama! BUBUR KACANG HIJAU Bahan-bahan: Kacang hijau satu paket Beras 4 gula merah satu kotak kecil santan kelapa sedikit garam   4 sudu gula pasir Cara memasak: Cuci kacang hijau dan beras. Rendam dahulu kacang hijau dan beras selama satu jam dengan air biasa. Lebih panjang masa lebih baik. Rebuskan kacang hijau dan beras dengan api perlahan sehingga kacang hijau menjadi 80% lembut dan tidak keras. Buangkan air rebusan. Masukkan air baharu, satu kotak santan kelapa, 4 k...

RESIPI BUBUR KENTANG MANIS

Image
BUBUR KENTANG MANIS Kentang manis sangat berkhasiat kepada kita. Oleh itu, saya ingin mengkongsi resipi bubur kentang manis kepada kamu semua pada hari ini. Bubur ini dapat dimasak dalam masa 30 minit. Selain itu, bubur ini sesuai untuk semua lapisan masyarakat terutamanya suri rumah tangga dan kolar putih. Sebagai contoh, kebanyakan kolar putih sibuk pergi kerja sehingga tidak ada masa untuk makan sarapan pagi. Resipi ini dapat memudahkan mereka dan mempunyai masa yang lebih untuk makan sarapan pagi. Mereka dicadang menyediakan bahan sebelum tidur dan pagi hanya memerlukan 20 minit untuk memasak bubur. Bahan: Beras 2 kentang manis     Air masak Cara: Sediakan bahan. Cuci beras sehingga bersih. Rendam beras sekurang-kurangnya 30 minit. Bersihkan kentang manis. Kupaskan kulit kentang manis. Potongkan kentang manis yang sudah dikupaskan kulit kepada beberapa ketul kecil. Rebuskan air dan masukkan beras yang sudah rendam. Masukkan kentang ...