RESEPI MEMBUAT PENCUCI MULUT

RESEPI KEK KEJU



Bahan:

  • 6 biji telur
  • 300 gram krim keju
  • 200 gram tepung naik sendiri
  • 50 gram tepung jagung
  • 1/2 cawan whipping cream
  • 3 sudu besar mentega
  • 1/2 cawan gula aising
  • 1/2 sudu kecil tar tar krim 

Cara
  1. Asingkan putih dan kuning telur.
  2. Cairkan krim keju kemudian masukkan telur kuning satu persatu. 
  3. Masukkan tepung naik sendiri bersama dengan tepung jagung. Ayakkan sekali.
  4. Cairkan whipping cream dengan mentega secara double boiler.
  5. Masukkan whipping cream ke dalam adunan tepung.
  6. Kami buat meringue. Kacaukan telur putih sampai berbuih dulu.
  7. Masukkan gula ke dalam adunan meringue.
  8. Masukkan tar tar krim.
  9. Whisk sampai jadi bertanduk.
  10. Masukkan adunan meringue ke dalam adunan tepung.
  11. Kacaukan.
  12. Tuangkan ke atas kertas minyak.
  13. Panaskan oven dengan suhu 150 darjah selama 10 minit. 
  14. Bakar secara water bath (isi loyang daam bekas berisi air). 
  15. Bakar pada 160 darjah untuk 30 minit pertama dengan api atas bawah. 
  16. Rendahkan suhu pada 150 darjah untuk seterusnya hingga masak.
  17. Siap.


RESEPI PUDING TIRAMISU MILO



    Bahan:
    •  1 tin susu pekat
    •  1 tin susu cair
    •  11 sudu tepung kastard
    •  5 tin air kosong
    •  Biskut marie
    •  Milo

    Cara:

    1.  Campur semua bahan dalam periuk besar kecuali milo dan biskut Marie. 
    2.  Kemudian, kacau sampai semua sebati.
    3.  Pasangkan api sederhana. 
    4.  Kacau sampai likat dan berkilat.
    5.  Lepas itu, tutupkan api.
    6.  Masukkan campuran ke dalam bekas.
    7.  Kemudian, dimulakan dengan puding, biskut Marie dan taburkan Milo di atas.
    8.  Ulang lagi proses sampai penuh.
    9.  Akhirnya taburkan milo.
    10.  Letak di luar sekejap.
    11.  Biarkan sehingga sama dengan suhu bilik.
    12.  Kemudian, masukkan ke dalam peti sejuk.
    13.  Siap sekiranya sudah sejuk.





    Comments

    Popular posts from this blog

    3 TEMPAT MENARIK DI HATYAI / SONGKHLA THAILAND

    PENGALAMAN TEMU DUGA MENJADI CIKGU TADIKA

    PELANCONGAN KE BEIJING, CHINA 17 MEI 2018