RESIPI BUBUR KACANG HIJAU DAN PUDING KACANG HIJAU

Hari ini, saya ingin mengkongsikan resipi bubur kacang hijau dan puding kacang hijau dengan anda. Sebenarnya kacang hijau banyak memberikan maanfaat kepada kita. Kita makan kacang hijau dapat kesihatan jantung kita, menurunkan kadar kolestrol darah, menjaga kesihatan mata, mengatasi Anemia iaitu kurang darah, menangkal racun dalam tubuh dan lain-lain. Adakah anda rasa bubur kacang hijau ini memang baik untuk kesihatan kita? Marilah memasak bubur kacang hijau ini bersama-sama!


BUBUR KACANG HIJAU


Bahan-bahan:
  • Kacang hijau satu paket
  • Beras
  • 4 gula merah
  • satu kotak kecil santan kelapa
  • sedikit garam  
  • 4 sudu gula pasir

Cara memasak:
  1. Cuci kacang hijau dan beras.
  2. Rendam dahulu kacang hijau dan beras selama satu jam dengan air biasa. Lebih panjang masa lebih baik.
  3. Rebuskan kacang hijau dan beras dengan api perlahan sehingga kacang hijau menjadi 80% lembut dan tidak keras.
  4. Buangkan air rebusan. Masukkan air baharu, satu kotak santan kelapa, 4 keping gula merah, 4 sudu gula pasir dan sedikit garam.
  5. Kuatkan api.
  6. Kacau sentiasa perlahan-lahan ketika ianya mendidih.
  7. Pastikan kacang hijau yang dimasak sudah lembut.
  8. Padamkan api.
  9. Siap.


PUDING KACANG HIJAU


Bahan-bahan:
  • 100 gram kacang hijau
  • 600 ml santan kelapa kental
  • 100 ml susu kental manis
  • 125 gram gula pasir
  • 2 bungkus agar-agar bubuk warna putih
  • 1 lembar daun pandan (dicuci bersih)
  • 1/4 sendok teh garam halus
  • 1/2 sendok teh vanili bubuk

Cara membuat puding:
  1. Cuci kacang hijau sehingga bersih.
  2. Rendam kacang hijau yang telah dicuci selama 2 jam.
  3. Kukus kacang hijau sehingga matang dan empuk, sisihkan.
  4. Siapkan panci untuk merebus bahan puding.
  5. Masukkan santan kelapa, agar-agar bubuk, gula pasir, vanili bubuk dan garam halus ke dalam panci yang sudah disiapkan.
  6. Rebus campuran santan di atas api, menunggu sampai mendidih dan adukkan campuran santan supaya santan tidak pecah.
  7. Masukkan kacang hijau yang sudah dikukus dan susu kental manis ke dalam rebusan santan, aduk terus sampai tercampur rata dan matang.
  8. Matikan api lalu tuang ke dalam cetakan tunggu sampai dingin lalu simpan dalam peti sejuk.








Comments

Popular posts from this blog

3 TEMPAT MENARIK DI HATYAI / SONGKHLA THAILAND

PENGALAMAN TEMU DUGA MENJADI CIKGU TADIKA

PELANCONGAN KE BEIJING, CHINA 17 MEI 2018