RESEPI TART TELUR


Hari ini saya ingin mengkongsikan dengan anda cara untuk membuat tart telur yang sedap.

Tart kastard diperkenalkan di Hong Kong pada 1940-an oleh cha chaan teng. Ia, kemudian diperkenalkan di kedai kopi barat dan bakeri untuk bersaing dengan restauran dim sum, khususnya untuk yum cha. Sewaktu kebangkitan ekonomi zaman 1950-an dan 1960-an, Lu Yu (陸羽Pinyin: Lù Yǔ) mengambil pimpinan dengan tat telur kecil. Yang ironiknya, tat telur kecil kini adalah sebuah hidangan dim sum umum dan biasanya adalah lebih manis daripada yang dihidang di bakeri.
Satu teori mencadangkan tart telur Cina adalah penyesuaian tart Inggeris dengan intipati kastardGuangdong telah lama berada rantaunya di China dengan hubungan yang paling kerap dengan Barat, khususnya Britain. Sebagai bekas tanah jajahan British, Hong Kong menggunakan sesetengah masakan British. Satu lagi teori mencadangkan bahawa tart telur berubah dari pastri tart telur Portugis yang lebih mirip, dikenali sebagai pastel de nata, mengembara ke Hong Kong melalui tanah jajahan Portugis Macau.


Bahan yang perlu disediakan:

1. Bahan untuk membuat lapisan tart
· 300 gram tepung terigu
· 150 gram margarine
· 30 gram gula halus
· 1 biji telur
· 50 gram butter
2.  Bahan yang membuat isi tart
· 200 gram susu evaporated/ SKM 
· 3 biji kuning telur

Cara-cara:
1.  Buat dahulu bahan lapisan.
2.  Campurkan semua bahan yang sebutkan iaitu tepung terigu, gula halus, butter dan margarine.
3.  Adukkan rata bahan-bahan tersebut sampai menjadi adonan.
4.  Kemudian, simpan adonan itu di dalam kulkas selama 20 minit.
5.  Buat bahan isi tart kuning.
6.  Siapkan wadah.
7.  Masukkan susu evaporated/ SKM.
8.  Masukkan lagi kuning telur.
9.  Adukkan sebentar dengan balon whisk.
10.  Siapkan cetakan lalu olesi dengan margarine.
11.  Keluarkan adonan dari kulkas dan bulatkan adonan itu.
12.  Bentukkan adonan mengikuti cetakan kue.
13.  Akhir sekali, tuang bahan isian yang telah dibuat sebelumnya lalu panggang selama 30 minit (tergantung kepada ketuhar masing-masing).






Comments

Popular posts from this blog

3 TEMPAT MENARIK DI HATYAI / SONGKHLA THAILAND

PENGALAMAN TEMU DUGA MENJADI CIKGU TADIKA

PELANCONGAN KE BEIJING, CHINA 17 MEI 2018