5 TEMPAT MENARIK DI KOREA


1. Seongsan Ilchulbong


Nama lain yang diberikan kepada Seongsan Ilchulbong adalah Seongsan Sunrise Peak. Lihat sahaja bentuknya yang unik seperti mahkota ini, sehinggakan ia diiktiraf sebagai salah satu daripada 7 keajaiban dunia dan kawasan pertama yang diiktiraf sebagai tapak warisan oleh UNESCO. Seongsan Sunrise Peak ini terbentuk sekitar 100,000 tahun yang lalu selepas sebuah letusan gunung berapi di permukaan lautan berlaku. Satu fenomena alam yang cukup mengujakan.

2. Jjajangmyeon Museum


Untuk pengetahuan anda, Jjajangmyeon adalah nama sejenis mee yang dicipta oleh pendatang dari negara China pada awal 1900-an. Makanan ini terkenal dalam kalangan pekerja China pada zaman itu yang menginginkan sesuatu yang lazat dan murah. Kini, penggunaan mee Jjajangmyeon kian meluas sehingga banyak digunakan dalam masakan Korea. Apa agaknya yang dapat anda lihat di muzium ini kalau bukan berkenaan dengan mee ini dan juga tentang kedatangan rakyat China ke Korea.

3. Jeondeungsa Temple


Tokong yang indah ini, Jeondeungsa Temple pada asalnya dinamakan Jinjongsa ketika zaman Dinasti Goryeo. Bangunan utama tokong ini, Daeungbojeon, memiliki seni bina yang begitu mengagumkan dari segi ukirannya. Di dinding bangunan ini pula tertulis nama-nama pejuang Korea yang menentang tentera Perancis pada suatu ketika dahulu untuk mendapatkan nasib yang baik sewaktu peperangan.

4. E-World Daegu


E-World Daegu adalah sebuah taman tema indah yang terletak di sekitar 83 Tower. Di taman tema ini terdapat pelbagai tarikan menarik untuk dicuba termasuklah roller coaster, boomerang, carousel, little car ride, magic castle dan banyak lagi. Kawasan di sekitar taman tema ini juga cukup menarik bagi anda yang ingin bergambar terutama sekali pada waktu malam kerana taman tema ini akan ditumpahi dengan cahaya yang penuh warna-warni. Baru nampak funfairnya!

5. Changdeokgung Palace


Changdeokgung Palace merupakan salah satu daripada tempat tinggal bagi keluarga diraja Korea. Untuk menerokai seluruh kawasan istana ini, anda memerlukan sekurang-kurangnya 2 jam. Tak cukup dengan keindahan istana ini, di luarnya pula terdapat taman yang cukup mengasyikkan keindahannya. Terdapat beberapa buah kolam teratai dan dikelilingi dengan pokok-pokok yang penuh warna-warni terutama pada musim luruh, suasana di taman ini kelihatan sungguh magikal. Pejamkan mata dan bayangkan anda sedang berjalan-jalan dengan keluarga raja di sini.

Comments

Popular posts from this blog

3 TEMPAT MENARIK DI HATYAI / SONGKHLA THAILAND

PENGALAMAN TEMU DUGA MENJADI CIKGU TADIKA

PELANCONGAN KE BEIJING, CHINA 17 MEI 2018